ARTIKEL

Abang Johari ketika menyampaikan upacan penggulungan dan penangguhan Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Sarawak sedia hadapi cabaran wilayah menua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak diyakini bersedia untuk menghadapi cabaran wilayah menua dengan peningkatan populasi warga emas di negeri ini, kata Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Yang Dipertua PBB itu juga berkata, perkara tersebut dapat dilihat menerusi bantuan yang diberikan termasuk peruntukan untuk warga emas dalam mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik.

Katanya, usaha tersebut penting bagi membolehkan warga emas di Sarawak mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali dengan kos yang ditanggung oleh kerajaan.

“Pada hakikatnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) khasnya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi populasi menua dan perlu bertanggungjawab untuk menjaga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan upacan penggulungan dan penangguhan Perhimpunan Agung Ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Untuk rekod, berdasarkan statistik sebelum ini juga Sarawak dijangka mencapai status wilayah tua dua tahun lebih awal berbanding negeri lain seluruh negara iaitu pada 2028.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU