KUCHING: Sarawak Skills memandang serius usaha untuk melahirkan tenaga mahir di negeri ini dengan menjalinkan kerjasama rakan industri menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA).
Pengarah Eksekutifnya Hallman Sabri berkata,
ia juga dapat dilihat menerusi MoU yang dimeterai dengan Mindsights Sdn. Bhd.; Labtech International; dan WFM Tabaruk Abadi Sdn Bhd.
Katanya, perkara tersebut termasuk MoA dengan Neuto Energy Sdn. Bhd. dan iTrain ASIA Pte. Ltd. (Singapura).
“Usaha ini menandakan komitmen Sarawak Skills dan rakan industri untuk berkongsi visi pertumbuhan melalui kerjasama.
“Perjanjian ini meletakkan asas untuk perkongsian transformatif yang akan mendorong tenaga kerja mahir dan industri kita ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penghargaan Sarawak Skills, di Hotel Waterfront, di sini, hari ini.
Pertukaran MoU dan MoA tersebut juga telah disempurnakan oleh Hallman dengan wakil syarikat sekali gus disaksikan oleh Setiausaha Majlis Pengurusan Sarawak Skills Datuk Maznah Dasmi dan Ketua Pegawai Strategi Sarawak Skills Mohamad Isham Fauzi.




