ARTIKEL

Kim Shin ketika meninjau projek naik taraf KIA.

Sarawak sokong inisiatif peluasan gudang MASKargo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Walaupun Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak tetap komited bekerjasama memastikan kemudahannya sentiasa berada pada tahap terbaik.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, usaha itu termasuk menyokong inisiatif peluasan gudang MASKargo bernilai RM2.5 juta yang kini giat dijalankan dan dijangka siap pada April 2026.

“Projek itu akan memperluas ruang pengendalian kargo daripada 33,000 kaki persegi kepada 45,000 kaki persegi, hasil susulan perbincangan Kementerian Pengangkutan Sarawak bersama persatuan logistik, pengusaha perkhidmatan penghantaran dan pemain industri dua tahun lalu yang membangkitkan isu kesesakan kargo di LTAK.

“Setakat Mei tahun ini, LTAK telah mengendalikan 22,557,173 kilogram kargo, merangkumi 90.3 peratus domestik dan 9.7 peratus antarabangsa.

“Dari Januari hingga Mei tahun ini, LTAK merekodkan 18,872 penerbangan merangkumi 91% domestik dan 9% antarabangsa termasuk kargo, jet persendirian, penerbangan sewaan serta feri udara dan perkhidmatan kargo disokong oleh syarikat penerbangan utama seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Raya Airways, Kargo Xpress, World Cargo Airlines dan My Indo Airlines.

“Projek naik taraf fasiliti LTAK bernilai RM50.8 juta meliputi pemasangan pintu gelangsar, penurapan semula lantai, naik taraf tandas fasa kedua, pembaikan surau, unit pengendalian udara AHU dan pendingin hawa, dijangka siap Disember ini.

“Selain itu, projek kawasan parkir kargo bernilai RM4.6 juta juga sedang berjalan bagi menyediakan ruang untuk lori, kereta, motosikal serta fasiliti sokongan seperti tandas dan zon pelupusan sampah — dijangka siap suku pertama 2026.

Projek tambahan LTAK termasuk bilik penyusuan, ruang permainan kanak-kanak, penurapan semula Aras 3, naik taraf pengurusan kesesakan tepi jalan, kawasan menunggu e-hailing, dan dinding ikonik visual mempromosikan identiti Kuching.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU