ARTIKEL

Sarawak sudah terima 3.6 juta vaksin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sarawak telah menerima 3.645 juta vaksin sejak Progam Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula sehingga 31 Julai ini.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, dalam banyak keadaan, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) akan cuba memastikan keseimbangan agihan vaksin kepada setiap negeri di Malaysia.

“Keseimbangan ini ialah dengan mengambil kira jumlah vaksin yang telah dihantar pihak pembekal, jumlah populasi setiap negeri dan sudah pastinya nilai ambang yang ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Ini agar setiap negeri dapat beralih daripada satu fasa kepada fasa berikut dalam tempoh masa yang tidak jauh berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain,” katanya ketika memberi penerangan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Khairy menambah, bagaimanapun dalam keadaan tertentu seperti jika fasa kawalan wabak perlu diaktifkan di satu-satu kawasan, CITF perlu membuat perubahan jumlah pengagihan vaksin yang telah dijadualkan.

“Ini bagi membolehkan kawasan kawalan wabak dapat melaksanakan vaksinasi kepada populasi di kawasan tersebut pada kadar segera,” jelasnya. Khairy memberitahu, vaksin yang diterima oleh Malaysia menerusi perolehan kerajaan dan juga sumbangan daripada negara luar sehingga kini ialah berjumlah 26,383,670 dos.

Menurut beliau lagi, dalam memastikan capaian vaksinasi adalah menyeluruh serta sampai kepada setiap sasaran, PICK turut melaksanakan beberapa strategi.  “Sebagai contohnya, selain daripada pemberian vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV), PICK juga dilaksanakan menerusi program jangkau luar dan unit bergerak.

“Menerusi kaedah ini, petugas kesihatan akan melaksanakan vaksinasi di kawasan yang terpencil dan mempunyai kesukaran perhubungan seperti perkampungan Orang Asli, rumah panjang di Sarawak dan kawasan pedalaman Sabah,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU