ARTIKEL

Dr. Sim mewakili Premier Sarawak berucap pada Kongres Kesihatan Pekerjaan Asia (ACOH) Ke-24 2026 di BCCK, hari ini.

Sarawak Tekankan Keseimbangan Teknologi, Keselamatan Pekerja Era Digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pendigitalan perlu diseimbangkan dengan perlindungan kesihatan, keselamatan serta kebajikan pekerja bagi memastikan pembangunan yang benar-benar mampan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata dunia pekerjaan kini melalui perubahan besar hasil perkembangan teknologi, rantaian bekalan global, perubahan iklim serta perubahan demografi yang mengubah landskap pekerjaan.

Menurut beliau, teknologi sememangnya mampu meningkatkan produktiviti, memperkukuh keselamatan di tempat kerja dan mengurangkan pendedahan pekerja dengan persekitaran berbahaya, namun turut mewujudkan cabaran baharu yang perlu ditangani.

“Kesihatan pekerjaan tidak lagi boleh dilihat hanya dari sudut mencegah kecederaan fizikal atau mengurus bahaya konvensional di tempat kerja.

“Ia kini merangkumi kesihatan mental, kesejahteraan psikososial, risiko perubahan iklim, tenaga kerja yang semakin berusia, pekerjaan digital serta interaksi antara manusia dengan mesin,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada Majlis Perasmian Kongres Kesihatan Pekerjaan Asia (ACOH) Ke-24 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambah Abang Johari, tempat kerja yang produktif mestilah menjadi tempat kerja yang selamat, manakala penggunaan teknologi perlu sentiasa mengutamakan kesejahteraan pekerja.

Katanya, kemajuan ekonomi tidak seharusnya dicapai dengan mengorbankan kesihatan, keselamatan dan maruah golongan pekerja.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih