ARTIKEL

Datuk Len Talif Salleh menyaksikan pameran selepas menyempurnakan Majlis Perasmian POSKOM Bahagian Mukah di Dewan Masyarakat Belawai.

Sarawak tekankan pembangunan tanpa jejas keseimbangan ekosistem

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Sarawak mahu setiap agenda pembangunan negeri dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan menitikberatkan pemeliharaan alam sekitar bagi memastikan manfaat kemajuan dapat dinikmati rakyat tanpa menjejaskan keseimbangan ekosistem.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, aspek kelestarian perlu diberi perhatian dari peringkat awal perancangan sehingga sesuatu projek pembangunan siap dilaksanakan.

Katanya, kemajuan ekonomi tidak seharusnya dilihat secara berasingan daripada usaha menjaga alam sekitar kerana kedua-duanya perlu bergerak seiring demi menjamin kesejahteraan rakyat untuk jangka panjang.

“Kita mahu ekonomi terus berkembang, tetapi pada masa sama alam sekitar mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Ini selari dengan matlamat PCDS 2030 untuk memastikan kemakmuran negeri dapat dirasai semua lapisan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian POSKOM Bahagian Mukah di Dewan Masyarakat Belawai, semalam.

Menurut beliau, pembangunan yang dirancang juga perlu memberi manfaat secara menyeluruh kepada penduduk, sama ada mereka tinggal di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Len Talif berkata, tanggungjawab memelihara alam sekitar bukan hanya terletak di bahu kerajaan, sebaliknya memerlukan penglibatan masyarakat, komuniti setempat dan semua pihak berkepentingan.

“Perkara asas seperti tidak membuang sampah sesuka hati serta mengelakkan pembakaran hutan dan kawasan belukar perlu menjadi amalan bersama kerana sikap masyarakat turut menentukan keadaan alam sekitar kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan infrastruktur yang moden dan bertaraf dunia perlu disertai kesedaran sivik serta budaya masyarakat yang menghargai alam sekitar.

Katanya, pendekatan secara bersama dan tindakan bersepadu penting bagi memastikan pembangunan Sarawak terus berkembang secara mampan, sekali gus menjamin keperluan rakyat masa kini tanpa menjejaskan hak generasi akan datang.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan