KUCHING: Sarawak menerusi Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima kunjungan hormat daripada delegasi Denmark yang diketuai Duta Denmark ke Malaysia Kirstine Vangkilde Berner, baru-baru ini.
Kunjungan terbabit disambut baik oleh Uggah yang juga merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak.
Dalam pertemuan itu, Douglas berkongsi portfolio di bawah tanggungjawab beliau dan menekankan kepentingan menjalin kerjasama pintar dengan rakan antarabangsa.
Tegasnya, usaha itu selaras dengan hala tuju strategik Kerajaan Sarawak ke arah pembangunan masa depan.
Sementara itu pada pagi tadi, delegasi Denmark turut dilaporkan mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.



