ARTIKEL

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Persidangan Antarabangsa Perubatan Integratif 2026 (IIMC 2026) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin. Foto: UKAS

Sarawak teroka biodiversiti hutan untuk penyelidikan perubatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak mempergiat usaha meneroka kekayaan biodiversiti hutan dan warisan perubatan tradisional negeri itu untuk dijadikan sumber penyelidikan dalam mengenal pasti potensi rawatan serta penyelesaian terhadap ancaman penyakit baharu.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha itu antara lain dilaksanakan menerusi penubuhan dua pusat penyelidikan, iaitu Pusat Penyakit Berjangkit Tropika Sarawak dan Pusat Penyelidikan Biodiversiti Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat reruai pameran sempena Persidangan Antarabangsa Perubatan Integratif 2026 (IIMC 2026) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin. Foto: UKAS

Beliau berkata, kedua-dua pusat berkenaan mempunyai peranan tersendiri dalam memperluas penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit serta mengenal pasti potensi sumber semula jadi Sarawak dalam bidang kesihatan dan perubatan.

“Sarawak Tropical Infectious Disease Centre antara lain memberi tumpuan kepada potensi perubatan Timur dengan mengambil kira warisan, latar belakang, budaya dan cara hidup masyarakat tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Perubatan Integratif 2026 (IIMC 2026) di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Abang Johari berkata, pengetahuan tradisional yang diwarisi masyarakat tempatan mempunyai nilai tersendiri dan berpotensi menyumbang kepada perkembangan penyelidikan kesihatan, khususnya dalam meneroka pendekatan alternatif bagi menangani pelbagai penyakit.

Menurutnya, Pusat Penyelidikan Biodiversiti Sarawak pula memberi tumpuan kepada pemeliharaan dan penyelidikan kekayaan biodiversiti hutan negeri itu, termasuk mengenal pasti bahan semula jadi yang berpotensi dibangunkan sebagai terapi serta produk berasaskan perubatan Timur.

Katanya, kekayaan sumber hutan Sarawak perlu diteroka secara sistematik menerusi penyelidikan saintifik bagi mengenal pasti manfaat dan potensinya untuk menghasilkan produk yang boleh menyumbang kepada usaha menangani penyakit baharu.

Beliau berkata, pengalaman dunia berdepan pandemik COVID-19 membuktikan bahawa ancaman kesihatan boleh muncul di luar jangkaan, sekali gus menuntut penyelidikan berterusan serta pendekatan lebih menyeluruh dalam mencari penyelesaian.

Kedua-dua pusat penyelidikan berkenaan turut memainkan peranan dalam menjalankan kajian dan penyiasatan terhadap penyakit baharu, selain meneroka kaedah berpotensi untuk menangani ancaman kesihatan berkenaan.

Abang Johari berkata, pendekatan itu mencerminkan komitmen Sarawak untuk memanfaatkan kekayaan biodiversiti dan warisan pengetahuan masyarakat tempatan melalui penyelidikan, sekali gus membuka ruang kepada pembangunan inovasi serta penyelesaian kesihatan pada masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan gambar bersama rakan strategik dan peserta Persidangan Antarabangsa Perubatan Integratif 2026 (IIMC 2026). Foto: UKAS

BERITA LAIN

Sarawak tambah RM1.65 juta untuk Sandbox Gedong

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan tambahan RM1.65 juta bagi meneruskan pelaksanaan Sandbox Gedong, sekali gus memperkukuh usaha pembangunan sektor pertanian negeri menerusi penerapan teknologi pintar, inovasi

BERITA TERBARU

Sarawak tambah RM1.65 juta untuk Sandbox Gedong

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan tambahan RM1.65 juta bagi meneruskan pelaksanaan Sandbox Gedong, sekali gus memperkukuh usaha pembangunan sektor pertanian negeri menerusi penerapan teknologi pintar, inovasi