ARTIKEL

Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom. Foto Ramidi Subari

Sarawak tetapkan sasaran SSL beras 60%, daging lembu 25% menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menetapkan untuk meningkatkan tahap sara diri (SSL) bagi beras kepada 60 peratus dan daging lembu kepada 25 peratus menjelang tahun 2030.

Menteri Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, Sarawak merekodkan SSL memberangsangkan: ayam 117%, daging babi 101%, telur 100%, buah-buahan 98%, perikanan 96% dan sayur-sayuran 75%, mencerminkan usaha memperkukuh jaminan makanan.

“Sektor pertanian penting untuk kehidupan rakyat dan ekonomi Sarawak, namun berdepan cabaran struktur seperti pemilikan tanah, infrastruktur terhad, kekurangan tenaga kerja dan bakat, penggunaan teknologi perlahan, akses pasaran terhad serta kekurangan pelaburan.

“Tekanan luar termasuk pandemik Covid-19, perubahan iklim, wabak perosak dan penyakit, serta ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan produktiviti dan rantaian bekalan, sekali gus menyebabkan pertumbuhan lebih perlahan dan peningkatan bil import makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, sektor pertanian masih mempunyai potensi pertumbuhan yang kukuh menerusi pemodenan, mekanisasi, amalan pertanian mampan serta sokongan kukuh kerajaandi seluruh rantaian nilai pertanian.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), agenda transformasi pertanian kita akan terus bersifat dinamik dan responsif bagi membolehkan kita menangani cabaran global secara berkesan sambil memastikan daya tahan serta kelestarian sektor pertanian terus terpelihara,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha mencapai agenda transformasi pertanian Sarawak, tiada satu pihak mampu melaksanakannya bersendirian, justeru menyeru semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan memberikan komitmen dan kerjasama sepenuhnya.

“Kementeriannya akan memperkukuh kerjasama dengan semua pihak bagi pendekatan bersepadu ke arah meningkatkan jaminan makanan, imbangan dagangan, serta kesejahteraan sosioekonomi komuniti pertanian dan luar bandar,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU