ARTIKEL

Fatimah (duduk, tengah) bersama-sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Mordi Bimol dan Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam merakamkan gambar kenangan.

Sarawak Tidak Setuju Penurunan Had Umur Atlet Para Kepada 40 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 24 atlet orang kelainan upaya (OKU) tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Para SUKMA 2026 sekiranya had umur penyertaan diturunkan daripada 45 tahun kepada 40 tahun.

Menteri Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, langkah tersebut tidak selaras dengan prinsip utama penganjuran sukan berkenaan yang bertujuan memperkasa golongan tersebut.
“Jangan hadkan umur penyertaan kerana langkah ini akan mengehadkan peluang dan ruang bagi atlet untuk menyerlahkan potensi dalam bidang yang diminati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Tertinggi Sukan Para meluluskan dua pindaan melibatkan had umur dan kuota penyertaan atlet dalam sukan Para SUKMA pada 29 Januari lalu.

Sehubungan itu, Fatimah menegaskan bahawa Sarawak tidak pernah bersetuju dengan peraturan baharu yang mengehadkan umur penyertaan para atlet dalam temasya berkenaan.

Mengulas lanjut, Fatimah menyatakan bahawa sukan OKU di peringkat antarabangsa juga tidak mengehadkan umur bagi penyertaan pertandingan seumpamanya.

“Tidak perlu kita menetapkan had umur ini, mereka tahu bilakah masa untuk berhenti. Biar atlet itu sendiri yang tentukan masa untuk berhenti, jangan kita meletakkan had terhadap mereka,” katanya.

Beliau juga menyentuh berkaitan dasar kuota penyertaan yang menetapkan sekurang-kurangnya empat atlet daripada tiga negeri perlu ikut serta sebelum ia boleh dilaksanakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU