ARTIKEL

kejohanan tenis remaja antarabangsa, Persatuan Lawn Tennis Sarawak, SLTA, Abdul Karim Rahman Hamzah, Patrick Liew
Abdul Karim (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sarawak Inter-State Club Tennis Edisi Ke-2 di SLTA.

Sarawak tuan rumah enam kejohanan tenis remaja antarabangsa pada 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menerusi Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA) akan menganjurkan sebanyak enam kejohanan tenis remaja bertaraf antarabangsa bermula dari April 2025 hingga Oktober 2025.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata penganjuran tersebut bakal menyaksikan himpunan pemain tenis seluruh negara bertandang ke Sarawak.

“Pada tahun hadapan, kita akan mempunyai enam kejohanan antarabangsa yang saya boleh katakan penganjuran kategori ‘junior’ antarabangsa.

“Di samping mempromosikan sukan tenis di Sarawak, kejohanan dunia ini secara tidak langsung akan memperkasakan industri pelancongan.

“Maka sebab itulah kementerian kita amat menggalakkan penganjuran kejohanan sedemikian,” katanya pada sidang media di Padang SLTA di sini, hari ini.

Acara Pra-Kelayakan Asia Oceania (Piala Billie Jean King Junior Bawah 16 Tahun) bakal membuka tirai aksi perlawanan berprestij remaja antarabangsa pada 3-8 Mac 2025, diikuti Piala Davis Junior Bawah 16 Tahun pada 10 hingga 15 Mac 2025.

Seterusnya, Kejohanan Tenis Junior Dunia bagi kategori lelaki dan Kejohanan Tenis Junior Dunia kategori wanita masing-masing akan dilaksanakan pada 2-8 April 2025 dan 9-16 April 2025.

Piala Premier Sarawak Edisi ke-43 menerusi Kejohanan Remaja Dunia Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) J300 bakal menyusul pada 22-27 April 2025.

Sejurus selepas itu, penganjuran Piala Premier Sarawak Edisi ke-44 bagi Kejohanan Remaja Dunia ITF, J100 akan diadakan pada 2-7 September 2025.

Manakala kejohanan terakhir ialah Kejohanan Tenis Remaja Asia (ATF) Bawah 14 Tahun Edisi Ke-18, yang akan dilaksanakan pada 13-18 Oktober 2025.

Penganjuran yang mendapat pengiktirafan daripada ITF itu, jelas Karim, sudah semestinya menjadi satu penghormatan besar buat Sarawak.

“Hal ini menjadi bukti testimoni bahawa mereka (ITF) yakin dengan fasiliti dimiliki oleh Sarawak, yakin dengan pihak penganjur.

“Ini adalah penting dalam sekuriti terhadap para pemain muda tenis dunia,” tegas Karim.

Tambah Karim, penganjuran sukan bertaraf dunia itu akan dijadikan sebagai landasan terbaik untuk mencungkil bakat pemain muda tempatan dalam sukan tenis.

“Untuk mencungkil bakat atlet hingga ke peringkat antarabangsa, ia memerlukan pembangunan dari awal.

“Maka sebab itulah kita ada platform sedemikian demi memastikan kelangsungan potensi pemain terus digilap,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew, percaya kejohanan berkenaan akan menghimpunkan ratusan pemain remaja dunia yang berpotensi dalam sukan tenis.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi