ARTIKEL

MOU… Abdul Karim (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen MoU antara ICOMOS dengan Sarawak Heritage Society. PHOTO: RAMIDI SUBARI

Sarawak Tuan Rumah Perhimpunan Agung ICOMOS 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencapai satu lagi detik bersejarah apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik ICOMOS ke-22 (GA2026) yang akan menghimpunkan komuniti warisan antarabangsa di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Oktober 2026.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, penganjuran berprestij itu membawa makna besar apabila GA2026 menjadi Perhimpunan Agung ICOMOS pertama di rantau Asia Tenggara.

RAKAM KENANGAN…Abdul Karim bergambar bersama-sama yang lain selepas sidang media ICOMOS GA2026. PHOTO: RAMIDI SUBARI

Katanya, ia sekali gus mengangkat kedudukan Malaysia sebagai antara pusat rujukan utama dunia dalam bidang pemuliharaan warisan.

“ICOMOS atau Majlis Antarabangsa Monumen dan Tapak Warisan adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang berperanan sebagai badan penasihat utama kepada UNESCO dalam proses penilaian serta pemuliharaan tapak warisan dunia.

“Setiap pencalonan Tapak Warisan Dunia UNESCO akan melalui penilaian pakar ICOMOS sebelum sebarang keputusan pengiktirafan dibuat,” katanya pada sidang media ICOMOS ke-22 (GA2026) di sini, hari ini.

Tambah beliau, bertemakan “Warisan Hidup: Hormat, Tingkatkan, Terima dan Perkongsian”, GA2026 menerima sambutan amat menggalakkan dengan lebih 1,100 delegasi dari lebih 100 negara mengesahkan penyertaan, dan jumlah itu dijangka terus meningkat menjelang penganjuran rasmi.

JAWAB SOALAN… Abdul Karim menjawab soalan daripada pemberita pada sidang media ICOMOS ke-22 (GA2026) di sini, hari ini. PHOTO: RAMIDI SUBARI

Katanya, persidangan itu akan menjadi platform penting yang menghimpunkan pakar dan penggiat warisan dunia bagi membincangkan isu pemuliharaan warisan, pembangunan mampan serta pembinaan komuniti berdaya tahan dan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan berasaskan budaya.

Satu perkembangan penting turut dicatat apabila Memorandum Persefahaman (MoU) antara ICOMOS Malaysia dengan Sarawak Heritage Society dimeterai, sekali gus membuka ruang kerjasama dalam bidang penyelidikan, latihan, perkongsian ilmu, pelibatan komuniti serta usaha pemuliharaan warisan.

Kerjasama strategik tersebut turut menegaskan pemeliharaan warisan merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan pelibatan pelbagai pihak, termasuk komuniti setempat sebagai tunjang utama kelestarian warisan hidup.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU