ARTIKEL

Sarawak tuan rumah SUKMA 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JUARA… Premier (tengah) bersama barisan pengerus sukan Kontinjen PESAYA Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada majlis penutupan PESAYA-14

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan Sarawak bersedia menjadi tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2024.

Katanya, keputusan itu mengambil kira hasil mesyuarat dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Negara Hannah Yeoh yang meminta Sarawak untuk menjadi tuan rumah temasya tersebut.

Menurutnya, dalam mesyuarat itu Sarawak diwakili sendiri oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Kerajaan pusat meminta Sarawak untuk menjadi tuan rumah Sukma kerana dalam mesyuarat dipengerusikan Menteri Sukan Negara tiada negeri yang mahu menjadi tuan rumah.

“Akhirnya mereka meminta bolehkah Sarawak menjadi tuan rumah sebab bukan giliran kita.

“Karim jumpa saya bolehkah Sarawak, saya cakap bila-bila masa sahaja Sarawak boleh jadi tuan rumah,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Pesta Sukan Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Mengulas mengenai sukan Pesaya ke-14, beliau yakin semangat se-Malaysia dapat sama-sama dibangunan menerusi bidang sukan sekali gus dapat membangunkan negara ke arah maju, moden selaras serta ekonomi terkini.

Abang Johari juga berharap persaingan dan kesediaan semangat sukan mampu dijadikan persediaan dalam kehidupan manusia termasuk membentuk Malaysia sebagai negara progresif di masa hadapan.

“Inilah harapan kita, saya yakin anak-anak dilatih dapar meneruskan usaha dan tahniah kepada anda semua kerana anda merupakan juara untuk Malaysia,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada negeri Kelantan selaku tuan rumah Pesaya-15 akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU