ARTIKEL

Sarawak United tidak sertai Liga M3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSATUAN Bola Sepak Sarawak (FAS) mengambil langkah drastik, tidak akan menghantar pasukan Sarawak United II untuk menyertai Liga M3 2021.
Presiden FAS, Datuk Posa Majais menjelaskan, keputusan tersebut adalah mengambil kira ketiadaan penaja untuk pasukan tersebut.
“Bagaimanapun, jika ada pihak yang mahu menaja, maka kami sedia menerimanya,” ujar Posa kepada arena Suara Sarawak semalam.
Sebelum ini Posa menjelaskan bahawa untuk menyertai Liga M3, sesebuah pasukan itu perlu mempunyai dana sekurang-kurangnya RM2 juta.
Malah beliau turut menyatakan, mana-mana pasukan kelab Sarawak yang mahu menyertai Liga M3, perlu mendapat kelulusan daripada FAS.
Sarawak United II mula menyertai Liga M3 musim lalu, setelah kalah 3-1 kepada Kuching FA dalam aksi “play-off” pada 2019.
Namun, agak malang apabila saingan Liga M3 2020 yang telah pun memasuki tiga perlawanan dihentikan dan seterusnya dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.
Yang pasti, dalam situasi sekarang ini, agak sukar untuk pasukan dari Sarawak dan Sabah untuk menyertai Liga M3. Lagi pula fokus lebih pada pasukan utama.
Sementara itu, pasukan sesi latihan pasukan utama, Sarawak United FC (SUFC), mesih belum pasti.
Menurut Posa, mereka masih menunggu keputusan daripada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang bermesyuarat secara maya hari ini dan esok bagi menentukan hala tuju semua pasukan yang bertanding.
Mengikut perancangan awal, SUFC akan berlatih di Kuala Lumpur, bagi memudahkan segala urusan, termasuk aksi persahabatan kompetitif.
Namun, mereka belum membuat keputusan sama ada, gelanggang utama SUFC akan berpangkalan di Semenanjung atau Kuching.
SUFC musim 2021 dibarisi beberapa nama besar seperti Norshahrul Idlan Talaha, Christie Jayaseelan, Amer Saidin, AShri Chuchu, Tommy Mawat serta tiga import asing ternama, Taylor Regan, Sandro Mendoca dan Le Chang-Hoon.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU