ARTIKEL

Sarawak Water nafi notis gangguan bekalan air tular di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Water menafikan notis gangguan bekalan air yang tular di Miri kerana tidak sahih, tidak mendapat kebenaran serta bukan dikeluarkan oleh pihaknya.

Sarawak Water berkata, notis yang sedang tersebar di beberapa kumpulan WhatsApp dan platform media sosial itu juga tidak mempunyai kaitan dengan situasi semasa.

“Kerja-kerja baik pulih berjadual melibatkan paip utama di Batu 7, Jalan Miri-Bintulu hanya akan dilaksanakan pada 10 Jun ini.

“Sebarang maklumat rasmi berkaitan pelaksanaan kerja-kerja tersebut, termasuk kawasan yang terjejas, tempoh gangguan bekalan air serta langkah bantuan kepada pengguna, hanya akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi rasmi Sarawak Water,” katanya dalam hantaran rasmi di Facebook.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut menyatakan bahawa orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

“Kami amat memandang serius penyebaran maklumat palsu atau tidak tepat yang boleh mengelirukan orang awam.

“Justeru, tindakan sewajarnya termasuk membuat laporan kepada pihak berkuasa akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan maklumat palsu ini.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada saluran komunikasi rasmi Sarawak Water untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sarawak Water berkata pihaknya akan terus menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perkembangan lanjut berhubung kerja-kerja baik pulih yang dijadualkan di Miri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU