ARTIKEL

Tangkap layar penemuan bangkai haiwan di anak sungai berhampiran Operasi Loji Pengambilan Air Salim di kawasan Salim-Stabau.

Sarawak Water sahkan operasi Loji Pengambilan Air Salim selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi Loji Pengambilan Air Salim di kawasan Salim-Stabau disahkan kekal selamat dan stabil selepas siasatan segera dijalankan susulan laporan penemuan bangkai haiwan di anak sungai berhampiran kawasan berkenaan.

Sarawak Water dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menggerakkan pasukan operasi ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan penilaian segera sebagai langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang keabnormalan atau insiden berlaku dalam kawasan operasi Loji Pengambilan Air Salim mahupun fasiliti milik Sarawak Water di kawasan berkenaan.

“Lokasi yang dilaporkan juga disahkan berada di luar kawasan operasi loji tersebut dan tidak melibatkan sebarang aset atau infrastruktur Sarawak Water,” katanya.

Tambah kenyataan itu, operasi loji berkenaan terus berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.

“Bekalan air terawat kepada pengguna kekal stabil tanpa sebarang kesan terhadap kualiti, keselamatan atau kesinambungan perkhidmatan,” ujarnya.

Menjelaskan lanjut, Sarawak Water turut memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk makluman serta tindakan lanjut sekiranya perlu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pemantauan rapi di kawasan sekitar akan diteruskan bagi memastikan integriti sistem bekalan air sentiasa terpelihara dan berada pada tahap optimum,” tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, Sarawak Water komited terhadap pemantauan kualiti air dan proses rawatan yang dijalankan mengikut piawaian operasi serta peraturan yang ditetapkan.

“Orang ramai akan dimaklumkan segera melalui saluran komunikasi rasmi sekiranya terdapat sebarang perkembangan yang boleh menjejaskan perkhidmatan bekalan air.

“Pihak kami menghargai keprihatinan orang ramai dan kekal komited dalam menyediakan bekalan air yang selamat, berkualiti dan berterusan kepada rakyat Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang