KUCHING: Sarawak mewujudkan ladang pengeluaran benih padi Biris seluas 10 hektar di Lubok Punggor, Gedong bagi mengekalkan kepelbagaian beras premium bermula Jun ini.
Menteri Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia merupakan hasil kerjasama kementeriannya menerusi Jabatan Pertanian Sarawak dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
“Benih yang dihasilkan daripada ladang ini akan menyokong pembangunan tambahan seluas 54 hektar di Lubok Punggor dan kawasan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.
Dalam pada itu, Rundi berkata, kementeriannya dengan fasilitasi daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), dengan kerjasama Sarawak Skills, telah menghantar seramai lapan belia Sarawak mengikuti latihan di Pusat Latihan Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah selama 24 bulan.
Beliau turut merakamkan penghargaan ikhlas kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) atas sokongan amat bernilai dalam menggalakkan penyertaan belia dalam sektor pertanian dan perniagaan berasaskan agro.
“Kami berharap kerjasama ini dapat terus diperkukuh dalam melahirkan generasi baharu agropreneur muda yang kompetitif dan berpandangan jauh,” katanya.

Penjaga Kafe Warga Indonesia Dipenjara Dua Bulan Miliki Rokok, Bir Tanpa Cukai
KUCHING: Seorang penjaga kafe warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 68 bungkus rokok dan 13 karton bir
