ARTIKEL

Persiapan akhir Energy Forum SAREF 4.0 di BCCK, Kuching hari ini. |Foto: Ghazali Bujang

SAREF 4.0 berlangsung esok di BCCK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kelestarian (SAREF 4.0) dengan tema ‘Partnerships for Our Goals-Sustainable Growth and Prosperity for the Region’ berlangsung esok hingga 4 September ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Forum berkenaan bertujuan menekankan aspek kesalinghubungan tenaga rentas sempadan dan peralihan tenaga bersih Asia Tenggara, selain mengukuhkan kerjasama untuk meningkatkan keselamatan tenaga, ketahanan serta pertumbuhan inklusif.

Untuk rekod, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmikan forum dan menyampaikan ucapan pada sesi pembukaan, manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, akan menyampaikan ucapan penutup pada hari kedua.

Program tahun ini akan menampilkan dialog berperingkat tinggi sambungan rentas sempadan, pertumbuhan inklusif dan pembangunan mampan, serta pameran teknologi dan inovasi tenaga boleh diperbaharui.

Youth Pavilion akan menganjurkan bengkel budaya, sesi interaktif, perbincangan panel dan sesi perkongsian bersama dengan atlet Olimpik dua kali negara, Datuk Pandelela Rinong.

Majlis Anugerah Belia Tenaga ASEAN kelima turut diadakan, menampilkan inovasi belia dalam peralihan tenaga, manakala Community Market pula mengetengahkan produk serta kreativiti tempatan.

Selain itu, acara sampingan akan memperingati ulang tahun ke-40 Empangan Hidroelektrik Batang Ai, loji hidroelektrik pertama Sarawak.

BERITA LAIN

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas

BERITA TERBARU

254 projek RTP dilaksana di Machan sejak 2021

KUCHING: Sebanyak 254 projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machan dari 2021 hingga 2026 bagi meningkatkan kemudahan asas