ARTIKEL

Afiq Fadhli berkongsi berkaitan penganjuran SAREX 2026 yang memasuki edisi keempat.

SAREX 2026 Fokus Pembangunan Ekosistem E-sukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ekspo E-sukan Sarawak (SAREX) yang memasuki edisi keempat tahun ini akan menumpukan kepada ekosistem pembangunan sukan elektronik.

Presiden Persatuan E-sukan Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi berkata, fokus utama penganjuran ekspo kali ini membincangkan pandangan peluang kerjaya dalam industri e-sukan termasuk pelaksanaan program pensijilan jurulatih, pelesenan marsyal serta pelbagai bentuk pensijilan berkaitan.

Beliau berkata pihaknya juga mahu menonjolkan peluang dalam penerbitan permainan dan pembangunan permainan.

“Kami akan membawa masuk beberapa studio untuk terlibat secara langsung, dan pada masa yang sama bekerjasama rapat dengan Tencent pada tahun ini.

“Tencent dijangka menjadi rakan strategik utama untuk SAREX dan juga penganjuran akan datang,” katanya kepada media selepas sesi libat urus e-sukan Sarawak bersama Tencent di Akademi Metadise, di sini hari ini.

Afiq berkata, pihaknya belum menetapkan sebarang tarikh untuk ekspo untuk tahun ini, namun beliau menjangkakan 1,500 peserta dari dalam dan luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand, Vietnam dan Filipina akan hadir pada ekspo tersebut.

Katanya, peserta ini akan mengikuti pertandingan yang diadakan selain mengikuti bengkel dan forum.

“Kami turut merancang untuk menganjurkan beberapa pertandingan pra-SUKMA semasa SAREX berlangsung, dengan pelibatan pasukan antarabangsa dari Asia Tenggara.

“Pendekatan ini dijangka memberi impak yang lebih besar, bukan sekadar dari sudut pertandingan, tetapi juga nilai keseluruhan acara,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU