ARTIKEL

Datuk Seri Huang Tiong Sii bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab menyaksikan perlawanan pasukan Sarikei.

Sarikei mahu lahir lebih ramai bakat muda bola sepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Penyertaan Sarikei dalam Liga Premier Sarawak 2026 menjadi platform penting memperkasa pembangunan bola sepak tempatan, selain menyerlahkan potensi pemain muda masing-masing.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata, saingan itu menjadi medan terbaik pemain tempatan menimba pengalaman dan meningkatkan tahap permainan.

Pelibatan pasukan Sarikei bukan sekadar mengejar keputusan, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti serta membentuk bakat baharu.

“Pemain Sarikei perlu memanfaatkan setiap perlawanan untuk memperbaiki kelemahan, meningkatkan keyakinan dan menunjukkan komitmen tinggi sepanjang saingan.

“Pemain perlu terus memberikan yang terbaik dan tidak mudah mengalah walaupun berdepan cabaran.

“Pada masa sama, sokongan amat diperlukan kerana ia mampu menjadi suntikan semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih yakin,” katanya.

Datuk Seri Huang Tiong Sii bersama Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Yusuf Abd Wahab menyaksikan perlawanan pasukan Sarikei.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan perlawanan Liga Premier Sarawak 2026 membabitkan pasukan Sarikei, hari ini.

Huang berkata, pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi perlu dilaksanakan secara berterusan dan tersusun dengan pelibatan semua pihak berkepentingan.

Kerjasama antara persatuan sukan, komuniti, sektor swasta dan agensi kerajaan penting bagi memastikan pembangunan pemain dilaksanakan secara menyeluruh, sekali gus melahirkan lebih ramai pemain berkualiti untuk mewakili Sarikei dan Sarawak.

Dalam saingan Liga Premier Sarawak 2026, Sarikei dijadualkan berdepan Limbang FA, Sibu FA, Bintulu FA, Kapit FA, Mukah FA dan Miri FA.

Saingan itu sekali gus memberi peluang kepada pemain tempatan menguji keupayaan dan menimba pengalaman di peringkat lebih kompetitif.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU