ARTIKEL

Datuk Seri Huang Tiong Sii bersama-sama penerima bantuan MRP di Pusat Khidmat DUN Repok.

Sarikei perkasa komoditi bernilai tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Potensi sektor komoditi dan agro di Sarikei terus diperkasa bagi merancakkan kegiatan ekonomi serta memperluas peluang pembangunan di kawasan pinggir bandar.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, Sarikei yang terkenal sebagai antara kawasan pengeluaran makanan utama Sarawak mempunyai ruang besar untuk mengembangkan komoditi bernilai tinggi.

Katanya, pembangunan sektor berkenaan perlu disokong dengan kemudahan asas dan jaringan perhubungan yang lebih baik bagi memudahkan hasil pertanian serta komoditi dipasarkan.

Antara usaha yang dirancang termasuklah pembinaan jalan penghubung baharu, termasuk projek Jalan Bypass Sarikei sepanjang 4.95 kilometer yang menghubungkan bandar Sarikei dengan kawasan pinggir Batang Rajang.

“Apabila jaringan jalan dipertingkatkan, pergerakan penduduk menjadi lebih mudah dan kawasan baharu juga berpotensi dibangunkan untuk kegiatan ekonomi serta pertanian.

“Segala perkara yang dijanjikan kepada masyarakat akan terus diusahakan sehingga dapat direalisasikan,” katanya pada Majlis Penyerahan Cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi kawasan Sarikei di Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.45 Repok, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 15 pertubuhan, persatuan dan jawatankuasa pengurusan menerima peruntukan MRP bagi membantu pelaksanaan aktiviti serta memenuhi keperluan komuniti masing-masing.

Antara penerima ialah TASKA Penyayang Baji Jaya Sarikei, Persatuan Renang Bahagian Sarikei, Kelab Rando, PIBG SJK(C) Su Ming, Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nur Permai dan Jawatankuasa Rekreasi Penerangan Sarikei.

Turut menerima bantuan ialah Persatuan Chiang Chuan Sarikei, PASTI Imtiaz, Fu Gui Ting Sarikei, Sarawak Central Region Bicycle and Motor, Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Binatang, Surau Darul Taqwa Kampung Selemas, Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Meradong, Surau Al-Muhajirin dan Persatuan Guru Cina Sarikei.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU