Pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim, tampil bersuara tentang tugas sebenar pengacara yang kini jauh tersasar. Sarimah, 45, berkata, pengacara program realiti televisyen kini banyak terlibat dengan kontroversi dan saling bersaing.
“Saya tak boleh biarkan diri saya menonton mana-mana persembahan berdebat di dalam dan luar pentas. “Mereka bercakap soal hal peribadi dan semua perkara melibatkan diri.
“Pengacaraan menghiburkan, bukannya tentang perdebatan dan menang. “Biarkan bintang di pentas bersinar, jadi tulang belakang yang positif untuk mereka,” katanya menerusi platform X (Twitter), baru-baru ini.



