KOTA SAMARAHAN: Lebih 3,000 peserta disasarkan untuk menyertai Poco-Poco Maraton 2024 yang bakal diadakan pada 3 Februari depan bagi merealiasasikan misi supaya program tercatat dalam Malaysia Book Of Records.
Menurut Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos, program itu akan diadakan di Halaman Samarahan, bersebelahan MPKS bermula jam 7.30 hingga 9 pagi.
Kata Minos, pihaknya menyasarkan program yang dianjurkan bersempena bersempena Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tersebut tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai penglibatan peserta poco-poco dalam acara paling ramai.
“Justeru, orang ramai dijemput hadir ke Halaman Samarahan pada Sabtu, 3 Februari untuk menyertai program supaya dapat mencipta sejarah program tercatat dalam Malaysia Book Of Records,” katanya pada sidang media Penyerahan Tajaan Poco-Poco Maraton 2024 di Bilik Mesyuarat Utama MPKS di sini, semalam.
Tambahan lagi kata Minos, program anjuran MPKS dengan kerjasama Family Fitness dan Pejabat Daerah Asajaya, acara ini menjanjikan pagi yang dipenuhi semangat dalam mengamalkan gaya hidup sihat masyarakat.
Berita lanjut dalam epaper STSS.

