ARTIKEL

Sastera rakam suara masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tajuk: Kumpulan Drama Pentas Ngayau

Genre: Drama Pentas

Penerbit: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

Harga Buku: RM30.00

Jumlah Halaman: 82 muka surat

Harga buku: RM30.00

Sastera bukan sekadar wadah hiburan, sebaliknya menjadi ruang untuk merakam sejarah, menyuarakan keresahan masyarakat dan mengangkat persoalan kemanusiaan.

Peranan itu jelas terpancar menerusi kumpulan drama pentas karya Dahiri Saini yang menghimpunkan tiga naskhah, iaitu Ngayau, Hikayat Sarawak Makmur dan Dejavu dari Langit.

Walaupun hadir dengan latar, watak dan ikonik yang berbeza, ketiga-tiga naskhah tersebut mempunyai persamaan dari segi keberanian penulis mengangkat persoalan masyarakat menerusi tema perjuangan, keadilan, perpaduan, maruah dan kemanusiaan.

Menerusi drama pentas Ngayau, Dahiri membawa pembaca menelusuri perjuangan masyarakat peribumi Sarawak dalam menghadapi penjajahan.

Naskhah ini bukan sekadar berkisar tentang penentangan terhadap kuasa asing, malah turut menyentuh persoalan identiti, adat dan perpecahan dalam kalangan masyarakat tempatan.

Tema ngayau, iaitu tradisi memenggal kepala, serta unsur ngayap digunakan sebagai latar yang memperlihatkan hubungan antara adat, identiti dengan kon ik masyarakat Borneo.

Perjuangan anak peribumi untuk menghalau penjajah bukanlah sesuatu yang mudah apabila mereka turut berdepan dengan rasuah, sabotaj dan pengkhianatan daripada pihak sendiri.

Dalam keadaan itu, penjajahan bukan sahaja berlaku melalui penguasaan terhadap tanah, malah turut dilaksanakan menerusi manipulasi politik dan perpecahan masyarakat.

Kewujudan watak seperti F. Van Boeckholtz memperlihatkan bagaimana kuasa penjajah memanfaatkan pelbagai strategi untuk mempengaruhi keadaan.

Kon ik antara penduduk tempatan dengan askar asing pula menambahkan ketegangan dalam penceritaan.

Namun, di sebalik pergolakan tersebut, Ngayau membawa mesej bahawa kekuatan masyarakat terletak pada kesatuan.

Kesedaran tentang kepentingan untuk bersatu akhirnya menjadi asas dalam usaha mempertahankan tanah air, identiti dan maruah masyarakat.

Seterusnya, drama pentas Hikayat Sarawak Makmur membawa pembaca menelusuri persoalan pembangunan, kepimpinan dan perpaduan dalam negeri yang sedang berkembang.

Naskhah ini menggambarkan sebuah wilayah bernama Neo-Sar yang berusaha mengekalkan kemakmuran.

Namun, pada masa sama berdepan dengan pihak yang cuba menggugat kepimpinan menerusi pelbagai bantahan dan protes dalam media massa.

Persoalan pembangunan dalam karya ini tidak hanya dilihat daripada sudut kemajuan zikal.

Dahiri turut menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Watak J sebagai pemimpin utama digambarkan berusaha memastikan kemakmuran negeri dapat dikekalkan menerusi pendekatan inklusif tanpa membezakan kaum, agama dan latar belakang.

Pendekatan tersebut memperlihatkan kemakmuran sesebuah negeri bukan semata-mata bergantung pada pembangunan, malah turut memerlukan keharmonian, toleransi dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

Drama pentas terakhir, Dejavu dari Langit, pula membawa pembaca lebih dekat dengan realiti kehidupan manusia, khususnya golongan pekerja asing dan buruh yang mencari rezeki di negara orang.

Watak Kartini, seorang janda muda dari negara jiran yang bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia, menjadi pusat kon ik dalam naskhah ini.

Kehidupannya dibayangi trauma kehilangan suami, tekanan hidup serta kedudukannya sebagai pekerja yang terdedah kepada eksploitasi.

Kon ik menjadi semakin rumit apabila Kartini berdepan dengan perlakuan Hamka yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.

Pada masa sama, kehadiran Bayu dan Pak Elias memberikan dimensi berbeza kepada perjalanan hidupnya.

Kisah tersebut akhirnya berkembang menjadi kon ik yang melibatkan tnah, tuduhan dan perebutan sebelum membawa kepada pengakhiran tragis di tapak binaan.

Menerusi naskhah ini, Dahiri bukan sekadar membina kisah dramatik, malah mengajak pembaca melihat sisi kemanusiaan golongan pekerja asing.

Di sebalik pembangunan bangunan pencakar langit, terdapat golongan pekerja yang turut berdepan dengan tekanan, kehilangan dan kesukaran hidup.

Ketiga-tiga naskhah ini memperlihatkan keluasan pemikiran Dahiri Saini dalam mengolah pelbagai persoalan masyarakat.

Ngayau mengangkat suara perjuangan dan sejarah, Hikayat Sarawak Makmur mengetengahkan persoalan pembangunan serta perpaduan, manakala Dejavu dari Langit pula menyoroti realiti kehidupan golongan yang terpinggir.

Daripada kisah penentangan terhadap penjajah dalam Ngayau, cita-cita membina negeri yang makmur menerusi Hikayat Sarawak Makmur hinggalah penderitaan seorang buruh asing dalam Dejavu dari Langit, setiap naskhah hadir dengan suara dan persoalan tersendiri.

Secara keseluruhannya, kumpulan drama pentas Ngayau merupakan karya yang berjaya mengangkat pelbagai persoalan sejarah, masyarakat dan kemanusiaan melalui tiga naskhah yang berbeza.

Kumpulan drama pentas ini bukan sahaja mengetengahkan isu perjuangan, pembangunan dan kehidupan golongan terpinggir, malah turut menyampaikan mesej tentang kepentingan keadilan, perpaduan dan maruah manusia.

Karya ini membuktikan drama mampu menjadi medium yang bukan sahaja menghiburkan, malah turut mengajak pembaca memahami realiti masyarakat dan mengambil iktibar daripada setiap kisah yang dipaparkan.

BERITA LAIN

Bukan sekadar kisah cinta

Judul buku: Kita Cuma Kawan, Kan? Penulis: Auni Zainal Tahun terbit: 2024 Jumlah muka surat: 544 Harga: Rm34.00 Pengulas: Prisca Robin  Setebal 544 muka surat,

Sebuyau dalam kenangan

Tajuk: Sebuyau, Sekelumit Kenangan, Secebis Pengalaman Penulis: Abang Zainoren Abang Abdurahman, Khaulah Abu Bakar, Amira Shazlin Adnan, Lenny Yusrina Bujang Khedif Tahun Terbit: 2021 Penerbit:

BERITA TERBARU

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap