ARTIKEL

Sathianathan kini dalam kenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ARENA bola sepak negara menerima perkhabaran duka berikutan pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya dan bekas jurulatih Sarawak United, B.

Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak (FAM) Christopher Raj ketika mengesahkan perkara itu berkata Sathianathan, 65, menghembuskan nafas terakhir pada 1.25 tengah hari.

“Beliau melawan kanser selama hampir setahun dan mendiang sebenarnya sudah berada di hospital sekitar dua hingga tiga bulan lepas,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Sementara itu, FAM turut mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM).

Pencapaian terbaik mendiang adalah ketika mengemudi skuad bawah 23 tahun (B-23) untuk menjuarai Pestabola Merdeka 2007, dan dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sehingga awal 2009.

Bekas pemain Negeri Sembilan itu pernah menjadi jurulatih beberapa pasukan tempatan antaranya Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Felda United, Selangor dan kali terakhir sebagai pengendali Sarawak United.

Sathianathan sebelum ini terpaksa berehat seketika daripada arena bola sepak selepas menjalani rawatan kesihatan pada tahun lepas.

Mendiang menjadi rujukan pengamal media mengulas isu arena bola sepak tanah air.

Meneliti profil, Sathianathan mula berjinak dalam dunia kejurulatihan pada 1992 apabila membimbing Negeri Sembilan dalam saingan Piala Emas.

Seterusnya mendiang menyertai FAM apabila menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik negara dari 1997-1999 dan 2002- 2004.

Kemuncak kariernya sudah pasti ketika dilantik sebagai pengendali skuad Harimau Malaya 2007-2009.

Mendiang sebelum itu turut membimbing skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dan berjaya menghadiahkan kejuaraan antarabangsa apabila menjuarai Pestabola Merdeka pada 2007.

Dalam saingan Liga Malaysia, bekas pemain negara itu turut cemerlang membawa beberapa pasukan termasuk Kelantan dengan menjuarai Piala Malaysia pada 2010, Angkatan Tentera Malaysia (juara Liga Perdana 2012), Felda United (juara Liga Perdana 2018).

Sathianathan turut dinobatkan jurulatih terbaik sebanyak tiga kali (2010, 2012, 2017) dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU