
KUCHING : Daerah Kuching dan Sibu merekodkan satu kes kematian pada minggu ke-46 Epid (Epidemiologi).
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini, jumlah kes baharu Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 616 kes berbanding 459 kes pada minggu ke-45.
Daripada jumlah tersebut, 604 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala 12 lagi di bawah kategori 3,4 dan 5.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan di Negeri ini sebanyak 318,451 kes.

“Kuching mencatatkan 295 daripada jumlah kes baharu sementara Sibu 61 kes, Miri 58 kes, Bintulu (36), Samarahan (31), Bau (21), Kapit (19), Sarikei (15) dan Serian (12).
“Manakala Dalat, Lawas dan Sri Aman catat tujuh kes, Subis (6), Betong (5), Asajaya, Lundu dan Tatau (4), Limbang, Pakan dan Simunjan, masing-masing tiga kes, Beluru, Song, Matu dan Daro dua kes dan Lubok Antu, Bukit Mabong, Selangau dan Kabong masing-masing satu kes,” katanya.





