KUCHING: Satu mayat dijumpai, dipercayai mangsa dua bot pemancing yang karam di Pulau Satang Besar dan perairan Karang Berumput – Tukun Bass Santubong.
Mayat berkenaan telah dibawa ke Jeti Telaga Air menggunakan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi bedah siasat.
Bagaimanapun, setakat ini identiti mayat berkenaan masih belum dikenalpasti.