ARTIKEL

Sau FC benam Leetonia JKKK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD Sau FC memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak MuFA Piala Parlimen Mukah dengan ceria setelah mengalahkan pasukan Leetonia JKKK 3-0 dalam aksi di Padang Mesra MDDM Mukah petang semalam.

Gol-gol Sau dijaringkan oleh Felexson Christopher (dua gol) dan Zaidil Kulal.

Sau mendahului pada minit ke-40 dan menambah dua lagi gol pada babak kedua.

Ia merupakan kemenangan yang cukup bermakna buat Sau FC untuk meneruskan perjuangan.

Sementara itu, hari ini pula menyaksikan Tanam FC menentang Tellian Laut A.

Manakala Jumaat ini, satu lagi skuad pilihan, Tellian Daya akan menentang Tutus Ulu.

Sabtu ini pula ‘buku bertemu ruas’ apabila Jourdania membuat perhitungan dengan Leetonia.

Kedua-duanya menang besar dalam aksi pertama. Leetonia membelasah Alor Star A 5-0, manakala Jourdania menumbangkan pasukan pilihan, Tellian Laut B 5-2.

SAU FC… Buka langkah kanan, menang dalam aksi pertama.

 

LEETONIA JKKK… Gagal menyerlah dalam aksi pertama.

JADUAL PERLAWANAN

KHAMIS
Tanam FC Lwn Tellian Laut A

JUMAAT
Tutus Ulu FC Lwn Tellian Daya

SABTU
Leetonia Lwn Jourdania

* Semua aksi berlangsung
di Padang Mesra MDDM.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU