ARTIKEL

Saya mengundi sejak berusia 21 tahun – Hatimah Jahwi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Biarpun usia kian meningkat tetapi keadaan tersebut jelas tidak menjadi penghalang buat pengundi warga emas di Dun Tellian untuk hadir pada hari ini.

Seawal jam 7 sehingga 9 pagi tadi golongan dewasa daripada dalam kalangan warga emas ini merupakan golongan yang terawal hadir dan memenuhi pusat pengundian di sini.

Pemantuaan di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangaaan (SK) Kampung Petanak di sini mendapati semua golongan emas ini telah berbaris dan patuh kepada SOP yang ditetapkan.

TEMAN.. Hatimah Jahwi ditemani menantunya Fadli Matala semasa mengundi hari ini.

Hatimah Jahwi, 59, yang berkerusi roda hadir dan ditemani menantunya Fadli Matala, 40, berkata, beliau memberi harapan agar Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dan menyeru orang ramai hadir mengundi selagi ada masa.

“Saya dah mengundi sejak berusia 21 tahun dan semua pilihan raya saya hadir.

“Kali ini saya menggunakan kerusi roda sebab sakit lutut dan sudah dua kali pilihan raya berkerusi roda mengundi, ia jelas tidak menjadi penghalang.

“Hadirlah awal di pusat mengundi dan tunaikan tangunggjawab anda pada hari ini,” jelasnya yang kini menetap di Kampung Tellian Laut.

Bagi dua warga emas Siang Munan, 80, dan Kamsiah Munan, 70, yang ditemui menjelaskan mereka turun awal mengundi dan bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Kami dua mengundi sejak dahulu lagi,” ujarnya.

Malah mereka berharap calon yang menang pada kali ini dapat terus membantu masyarakat dan komuniti di Dun Tellian dalam pelbagai perkara.

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston