ARTIKEL

Datuk Ir. Ts. Sudartono Osman (duduk sebelah kanan) merakam kenangan bersama-sama peserta dan tetamu terhormat.

SDEC wujudkan TechFrontier Incubator bantu penyelidik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) mewujudkan TechFrontier Incubator (TFI) bagi membantu penyelidik Sarawak mengubah teknologi berkembang secara sistematik menuju kebolehpasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Datuk Ir. Ts. Sudartono Osman berkata, ia diwujudkan untuk memperluaskan penyertaan, memperkukuh saluran pengkomersilan dan menyediakan laluan inkusif bagi penyelidikan berpotensi tinggi.

“Setakat ini, program tersebut telah menghasilkan 47 pasukan penyelidikan melibatkan 38 organisasi, berjaya mewujudkan tujuh syarikat spin-off dengan peluang pekerjaan kepada 11 graduan, serta memperkasakan pelajar mengasaskan syarikat bersama pensyarah.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Tech Frontier Innovation Demo Day Kumpulan 1 2026, di sini, hari ini.

Tambah beliau, TFI telah mengumpul keseluruhan RM4 juta dana pembiayaan dari tahun 2022 hingga 2026.

Ujarnya, pengkomersilan penyelidikan amat penting kerana ia perlu berkembang menjadi perusahaan yang boleh diperluaskan.

“Pengkomersilan penyelidikan itu akan membuka peluang ekonomi baru, mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan meningkatkan daya saing industri dalam landskap global yang semakin digital.

“Sehingga kini, SDEC telah memperuntukkan RM10.6 juta dalam pembiayaan penyelidikan translasi, menyokong 69 projek penyelidikan pelbagai dan antara disiplin merangkumi pelbagai bidang teknologi,” katanya lagi.

Beliau memberitahu inisiatif mereka juga telah memperkasakan 433 penyelidik sepenuh masa, membimbing 76 pembantu penyelidik siswazah serta menghasilkan 11 pemfailan harta intelek

“Tanpa struktur sokongan dan laluan pasaran yang sesuai, banyak inovasi masih belum dimanfaatkan sepenuhnya – jurang yang sedang ditangani memastikan idea bernilai tidak kekal sekadar teori di makmal.” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU