SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

SEB alami kerugian RM87,000 sebulan akibat curi elektrik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak merekodkan tujuh kes kecurian elektrik membabitkan pelombong mata wang kripto, dengan empat insiden berlaku di Kuching dan tiga di Miri.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Sarawak Energy Berhad (SEB) hari ini, pihaknya menganggarkan telah mengalami kerugian lebih daripada RM87,000 sebulan daripada kes-kes tersebut.

Sebahagian server yang dirampas di dua premis di Senadin Commercial Centre, Miri, baru- baru ini.

Menurutnya, walaupun menikmati tarif elektrik terendah di Malaysia dan antara yang terendah di rantau ini, pelombong mata wang kripto di Sarawak terus terlibat dalam kecurian elektrik yang meluas ketika mereka cuba mengurangkan kos operasi mereka secara haram. 

Tindakan ini katanya, tidak terhad kepada pelombong individu, tetapi juga meliputi entiti perniagaan.

Sebahagian server yang dirampas di dua premis di Senadin Commercial Centre, Miri, baru- baru ini.

“Di Miri, dua lot kedai di Senadin Commercial Centre didapati melombong mata wang kripto dengan bekalan elektrik yang dicuri.

“Penemuan itu dibuat apabila pasukan teknikal Sarawak Energy menerima aduan gangguan bekalan elektrik di rumah kedai berhampiran.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan menemui kabel penoreh terus yang disambungkan terus dari sesalur masuk ke premis. Siasatan di lokasi juga mendapati lebih 100 pelayan perlombongan mata wang kripto ditemui bersama peralatan elektronik lain di kedua-dua premis berkenaan,” ujarnya.

Baca lain  Remaja 15 tahun diperintah ke Sekolah Hendry Gurney akibat salah guna dadah

Kata kenyataan itu, kesemua barangan tersebut telah disita sebagai bahan bukti, manakala laporan polis turut dibuat bagi memulakan siasatan.

Susulan kegiatan di kedua- dua premis berkenaan, jelasnya Sarawak Energy mengalami anggaran kerugian kira-kira RM32,000 elektrik yang dicuri sebulan.

Dalam pada itu, kata SEB, sindiket melombong mata wang kripto dengan mencuri elaktrik tanpa mematuhi standard boleh mengundang kepada kebakaran.

Ini kerana ia boleh menyebabkan kapasiti sistem elektrik terbeban, meningkatkan risiko litar pintas, kerosakan harta benda, kebakaran  dan kehilangan nyawa.

“Kegiatan melombong mata wang kripto memakan banyak tenaga elektrik kerana ia berjalan tanpa henti dan memerlukan unit penyejukan untuk mengelakkan computer pelayan dari terlalu panas,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru