ARTIKEL

SEB jalankan Ujian Sistem Amaran Banjir di Batang Ai esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) akan menjalankan ujian dan penyelenggaraan berjadual Sistem Amaran Banjir (FWS) di Loji Hidroelektrik Batang Ai, esok.

SEB dalam kenyataan hari ini berkata, kerja berkenaan dijadualkan bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang sebagai persediaan menghadapi latihan kesiapsiagaan kecemasan loji.

Sepanjang tempoh itu, siren amaran banjir akan dibunyikan beberapa kali, dengan setiap pengaktifan dijangka berlangsung selama satu hingga dua minit.

Menurut kenyataan itu, masa dan bilangan pengaktifan siren mungkin berbeza bergantung pada kemajuan kerja pengujian yang dijalankan.

Orang ramai dan penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan supaya tidak cemas sekiranya terdengar bunyi siren sepanjang tempoh ujian berkenaan.

SEB berkata, pengaktifan siren itu merupakan sebahagian daripada latihan kesiapsiagaan kecemasan bagi memastikan sistem amaran banjir serta peralatannya berfungsi dengan baik.

Ujian dan penyelenggaraan berkala itu juga merupakan sebahagian daripada langkah keselamatan empangan serta kesiapsiagaan kecemasan yang dilaksanakan secara berterusan oleh Sarawak Energy.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan Sarawak Energy yang beroperasi 24 jam di talian 1-300-88-3111 atau melalui saluran rasmi Sarawak Energy untuk mendapatkan maklumat terkini.

BERITA LAIN

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)

Ba’Kelalan berpotensi jadi destinasi pelancongan unik

KUCHING: Keunikan budaya, kraftangan dan hasil tempatan menjadikan Ba’Kelalan berpotensi muncul sebagai destinasi pelancongan baharu yang menarik di Sarawak. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk

BERITA TERBARU

Empat sayap PBB Tebedu pilih Simon calon GPS

KUCHING: Empat sayap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Tebedu sebulat suara menyokong Dr Simon Sinang Bada dicalonkan semula sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS)