ARTIKEL

JUARA... Abdul Rahman Junaidi (tengah) merakam gambar kenangan bersama barisan pemain pasukan SEB

SEB juara Kejohanan Jemputan Pickleball Antara Agensi dan GLC 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Sarawak Energy Berhad (SEB) merangkul gelaran juara pada Kejohanan Jemputan Pickleball Antara Agensi dan GLC 2025 yang julung kali diadakan di Arena Pickleball MUSCS (MPA), hari ini.

Pungutan mata keseluruhan sebanyak 161 sekali gus menewaskan seteru utama iaitu pasukan JKR yang sekadar berpuas hati di tangga kedua dengan pungutan mata sebanyak 137.

Kejuaraan itu memastikan pasukan SEB membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan medal, diikuti naib johan yang menerima hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan medal.

Sementara itu, tempat ketiga dirangkul oleh pasukan PETROS dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 beserta medal, manakala tempat keempat menerima RM1,000 dan medal.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Abdul Rahman dalam ucapan perasmian menzahirkan penghargaan kepada para peserta atas penyertaan mereka dalam kejohanan julung kali diadakan itu.

Melihat kepada sambutan memberangsangkan daripada pasukan yang terlibat, beliau mengesahkan kejohanan sama akan dilaksanakan sempena Sukan Backbenchers yang dijadual berlangsung pada November ini.

“Kita akan mengadakan sukan pickleball sebagai salah satu acara menjelang Sukan Backbenchers dan kita menggalakkan semua peserta hari ini untuk turut serta dalam kejohanan itu nanti.

“Yuran penyertaannya percuma. Setiap pasukan hanya perlu membawa peralatan sendiri untuk bermain. Usaha ini sebagai galakan memasyarakatkan sukan pickleball di Sarawak,” katanya.

Mengulas mengenai kejohanan itu, beliau memberitahu teruja dengan penyertaan para peserta, termasuk peserta senior berusia sekitar 70 tahun.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU