ARTIKEL

SEB, PBT diminta bekerjasama tangani isu jalan gelap Tanjung Bako, Demak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Sarawak Energy Berhad (SEB) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta bekerjasama mencari penyelesaian aduan penduduk berhubung kekurangan lampu jalan di sepanjang laluan Tanjung Bako dan Demak, khususnya selepas Jambatan Sejingkat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, isu berkenaan akan dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan, termasuk Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), bagi memastikan tindakan susulan dapat diselaraskan mengikut bidang kuasa masing-masing.

Menurutnya, kerjasama antara PBT dengan agensi utiliti penting bagi meneliti keperluan kemudahan lampu jalan di kawasan terbabit serta mengenal pasti langkah yang bersesuaian.

“Saya akan rujuk perkara ini kepada pihak berkaitan.

Jika kawasan itu di bawah DBKU, kita akan merujuk kepada DBKU,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Vandalisme Terhadap Kemudahan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak serta Taklimat Keselamatan Elektrik di Dewan Pembangunan Sebuyau, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Julaihi menjelaskan, penyelarasan dengan agensi pembekal elektrik juga boleh dilakukan bagi membantu menangani isu berkenaan, sekiranya diperlukan.

Katanya, DBKU boleh diminta bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi meneliti aduan penduduk dan menentukan tindakan yang perlu diambil.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU