ARTIKEL

Prof. Dr. Shahrul berucap pada Konvensyen Kesedaran Isu Sosial Masyarakat 2026 (KISS2026) di sebuah hotel di Bintulu pada Khamis.

Kesejahteraan mental, emosi asas pembangunan masyarakat sejahtera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kesejahteraan mental, kestabilan emosi dan kepekaan sosial perlu menjadi antara keutamaan dalam agenda pembangunan masyarakat bagi memastikan kemajuan teknologi, ilmu dan ekonomi turut disertai peningkatan kualiti hidup manusia.

Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini berkata, pembangunan sebenar tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian teknologi, penyelidikan dan peningkatan produktiviti semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kesejahteraan manusia secara menyeluruh.

Beliau berkata, pembentukan masyarakat sejahtera perlu bermula dengan pembangunan individu yang memiliki kesihatan mental, kestabilan emosi serta keupayaan membina hubungan sosial yang positif.

Prof. Dr. Shahrul menyampaikan cenderamata kepada Pegawai Daerah Bintulu, Awangku Mohamed Nizam Awang Ali Bohan.

“Jika kita mahu membina masyarakat yang sejahtera, maka kita perlu bermula dengan membina manusia yang sejahtera.

“Manusia memerlukan persekitaran yang menyokong, hubungan yang membina dan ruang yang selamat untuk berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Kesedaran Isu Sosial Masyarakat 2026 (KISS2026) yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr. Mohammad Razi Sitam di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Prof. Dr. Shahrul menyampaikan cenderamata kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr. Mohammad Razi Sitam.

Menurutnya, institusi pengajian tinggi bukan sahaja bertanggungjawab melahirkan graduan cemerlang dari segi akademik dan kemahiran profesional, malah perlu membentuk individu yang mempunyai daya tahan mental, kematangan emosi serta kepekaan isu sosial.

Katanya, graduan yang dilahirkan institusi pengajian tinggi akan menjadi sebahagian daripada masyarakat dan memainkan peranan penting dalam pembangunan keluarga, komuniti serta negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU