ARTIKEL

Tertuduh dibawa anggota penjara keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 3 hari ini.

Berang disuruh mandi, lelaki cederakan ibu dipenjara dan disebat di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dipenjara lima tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana menampar pipi ibunya dan melemparkan payung lalu terkena dada mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

Tertuduh, 41, bekerja sebagai pemasang kamera litar tertutup (CCTV) itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun yang sama kerana mencederakan ibunya berusia 62 tahun menggunakan senjata sekaki payung.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Pulo Hilir, sekitar 9 pagi, 29 Jun lalu.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan ibu tertuduh melaporkan anak lelakinya menampar pipi kanan dan melempar payung ke arah dadanya.

Selain itu, tertuduh juga mengeluarkan kata-kata ugutan hendak merosakkan kereta milik anak perempuannya.

Punca kejadian kerana tertuduh berang apabila disuruh mandi sejak dari semalam selepas pulang kerja hingga menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Laporan polis dilakukan oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 1 Julai lalu.

Hasil siasatan mendapati tertuduh mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan kes dadah, khianat harta benda dan ugutan jenayah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith Zahrullail, manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Vanessa Yii Tze Thong.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU