KUCHING: Sebahagian jalan di bulatan Pusat Jantung, Samarahan ditutup sementara bagi kerja-kerja pembaikan dan menaik taraf pemukaan jalan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan berkata, penutupan sementara jalan tersebut bermula 20 Oktober hingga 31 Oktober 2023.
Sehubungan itu katanya, pengguna jalan raya diminta berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut dalam tempoh kerja-kerja pembaikan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan semua pengguna jalan raya sehingga tamat kerja-kerja pembaikan ini nanti.
“Pihak JKR Bahagian Samarahan akan memaklumkan dari masa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu dan kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.
“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya menerusi notis pembertiahuan, Khamis lalu.
Justeru katanya, pengguna jalan raya diingatkan bahawa had laju maksimum sepanjang kawasan pembinaan ini ada 30km/j sahaja.
Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian (082-671076) pada waktu pejabat.

