ARTIKEL

Sebahagian laluan di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral akan dilencongkan selama tujuh bulan bermula hari ini. GAMBAR: Sarawak Metro

Sebahagian Jalan Lapangan Terbang Kuching Berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral Dilencongkan 7 Bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebahagian laluan di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral akan dilencongkan selama tujuh bulan bermula hari ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan tiang jejambat.

Menurut Sarawak Metro menerusi satu kenyataan di Facebook, lencongan tersebut akan dilaksanakan dari 23 Jun ini hingga 31 Januari 2027.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mematuhi semua langkah pengurusan trafik, papan tanda jalan serta had laju yang ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada talian hotline KUTS (1300-88-5887) pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 5 petang, kecuali cuti umum.

“Selain itu, e-mel di 555999@sarawak.gov.my dan info@mysarawakmetro.com,” jelasnya.

Pelan lokasi lencongan sementara di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral. GAMBAR: Sarawak Metro
Pelan lokasi lencongan sementara di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral. GAMBAR: Sarawak Metro
Pelan lokasi lencongan sementara di Jalan Lapangan Terbang berhampiran Terminal Bas Kuching Sentral. GAMBAR: Sarawak Metro

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU