ARTIKEL

Penutupan sebahagian laluan di Jalan Penrissen–Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kuching Sentral bermula 4 hingga 7 Mac. Kredit Facebook Sarawak Metro

Sebahagian laluan di Jalan Penrissen ditutup empat hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebahagian laluan di Jalan Penrissen–Lebuhraya Pan Borneo berhampiran Kuching Sentral akan ditutup separa selama empat hari bermula 4 hingga 7 Mac bagi kerja pemindahan utiliti.

Sehubungan itu, Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi semua langkah pengurusan trafik, papan tanda jalan serta had laju ketika melalui kawasan ini.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan merancang perjalanan dengan sewajarnya,” menurut hantaran itu di Facebook hari ini.

Sarawak Metro turut memaklumkan bahawa orang ramai akan diberitahu sekiranya terdapat sebarang perubahan berhubung notis tersebut.

“Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline KUTS di 1300-88-5887 (Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali cuti umum).

“Orang ramai juga boleh menghantar e-mel ke 555999@sarawak.gov.my atau info@mysarawakmetro.com,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU