ARTIKEL

Taman Sebangkoi memiliki keindahan tersendiri yang mampu menjadi tarikan kepada pengunjung.

Sebangkoi diwartakan Rizab Alam Semula Jadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Taman Rekreasi Sebangkoi menerima nafas baharu apabila kawasan itu bakal diwartakan sebagai Rizab Alam Semula Jadi oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pewartaan berkenaan membolehkan peruntukan khas disalurkan bagi meningkatkan kemudahan asas serta prasarana di kawasan rekreasi itu.

Langkah itu, katanya, penting bagi memastikan pengunjung dapat menikmati persekitaran yang lebih selesa selain menjadikan Sebangkoi destinasi rekreasi yang lebih menarik.

“Lokasi strategik Sebangkoi berhampiran Lebuh Raya Pan Borneo, selain memiliki keindahan alam semula jadi termasuk sungai dan air terjun, memberikan kelebihan untuk dibangunkan sebagai kawasan persinggahan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Race Kit Sebangkoi MTB Jamboree 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun beberapa kemudahan telah disediakan di kawasan berkenaan, penggunaannya masih belum mencapai tahap yang diharapkan dan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan daya tarikan kawasan itu.

Sehubungan itu, pewartaan di bawah kategori Rizab Alam Semula Jadi dijangka memberi ruang kepada perancangan pembangunan yang lebih tersusun, khususnya dalam menyediakan kemudahan bersesuaian dengan keperluan pengunjung.

Dalam perkembangan berkaitan, Len Talif berkata, Kerajaan Sarawak turut meluluskan projek pembinaan petrokiosk di Sebangkoi yang dijangka mengambil masa kira-kira 18 bulan untuk disiapkan.

Kemudahan itu disasarkan mula beroperasi pada 2028 dan dijangka menjadi nilai tambah kepada pengguna Lebuh Raya Pan Borneo, khususnya mereka yang memerlukan tempat untuk berhenti dan berehat sepanjang perjalanan.

BERITA LAIN

Sokongan mesti jadi undi

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memastikan sokongan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterjemahkan kepada undi pada Pilihan Raya Umum (PRU)

BERITA TERBARU

Sokongan mesti jadi undi

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memastikan sokongan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterjemahkan kepada undi pada Pilihan Raya Umum (PRU)