ARTIKEL

Sebar luas manfaat menabung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKIT MERTAJAM: Jelajah Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 Peringkat Zon Utara yang dilancarkan semalam ialah bukti komitmen Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam menyebarluaskan manfaat dan keistimewaan Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Pengerusi PTPTN Datuk Norliza Abdul Rahim (gambar) berkata, BMS yang dianjurkan sejak 2018 merupakan program PTPTN bermatlamat untuk memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, Norliza berkata, penganjuran yang masuk tahun keenam kali ini membawa kelainan apabila buat julung kali dilaksanakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 negeri di lokasi terpilih di seluruh negara sepanjang Oktober.

“PTPTN merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memastikan tiada pelajar yang tercicir melanjutkan pengajian ke menara gading disebabkan masalah kewangan.

“Kini, menginjak usia 26 tahun, agensi ini akan terus komited dalam melaksanakan fungsinya iaitu menyediakan kemudahan pinjaman, menguruskan bayaran balik serta membudayakan amalan penabungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jelajah BMS 2023 Zon Utara di sini, yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid. Norliza berkata, setakat 30 September lepas, PTPTN telah membantu 3.86 juta pelajar melibatkan dana pinjaman berjumlah RM70.48 bilion.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PTPTN turut menyasarkan jumlah deposit Simpan SSPN bagi BMS 2023 sebanyak RM220 juta dan optimis sasaran itu dapat dicapai berdasarkan rekod pencapaian BMS sebelum ini.

Sementara itu, Mohamad memuji inisiatif PTPTN yang menganjurkan program dalam meningkatkan literasi masyarakat berkaitan budaya menabung untuk pendidikan anakanak dan setakat 30 September lepas, Pulau Pinang telah menerima deposit sebanyak RM1.83 bilion membabitkan 321,991 akaun.

Bertemakan ‘Robotik: Ke Arah Transformasi Dunia Pendigitalan’, BMS 2023 mengekalkan slogan Jom Jadi Superhero Anak Anda yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Reka Cipta Model Robotik dan Family Jenga.

Selain Pulau Pinang, BMS 2023 Zon Utara turut diadakan serentak di tiga lokasi lain iaitu di Aeon Mall Klebang, Ipoh, Perak dan Alor Setar Mall, Kedah serta C-Mart Arau, Perlis dan bagi memeriahkan lagi program itu, Cabutan BMS 2023 diteruskan tahun ini dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 kepada 66 pemenang.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful terhadap pendeposit, dividen yang kompetitif, Geran Sepadan hingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan simpanan dijamin kerajaan. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan