ARTIKEL

Sebuah kilang penyimpanan botol kosong hangus terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah kilang penyimpanan botol-botol kosong hangus secara menyeluruh akibat kebakaran yang berlaku di Batu 8 Jalan Kuching-Serian, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, pihaknya telah menerima panggilan laporan kejadian sekitar jam 6.56 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang segera dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang berukuran 50×100 kaki persegi telah terbakar 100 peratus.

“Pihak bomba telah melakukan operasi pemadaman dan berjaya mengawal kebakaran sekitar jam 7.20 pagi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, kebakaran bagaimanapun dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Ekoran itu, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.08 pagi setelah kerja-kerja pemadaman selesai dilakukan.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali