ARTIKEL

Pihak bomba berusaha memadamkan api kebakaran yang berlaku di Lot 430, Lorong Pujut 2A, Pujut 2.

Sebuah rumah di Pujut 2 hampir musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah rumah di Lot 430, Lorong Pujut 2A, Pujut 2, di sini hampir musnah apabila terlibat dalam satu kejadian kebakaran, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan kecemasan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 11.20 pagi.

Keadaan bahagian bawah yang telah musnah dijilat api.

Menurutnya, pasukan operasi dari BBP Lopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian dengan segera, serta mendapatkan bantuan perkhidmatan jentera daripada BBP Miri untuk turut serta membantu di lokasi kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal dua tingkat.

“Kebakaran yang berlaku memusnahkan 30 peratus rumah bahagian bawah, dan 5 peratus di bahagian atas, namun tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, pihak bomba melaksanakan operasi pemadaman api dengan menggunakan dua aliran salur bantu mula sehingga api padam.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 12.08 tengah hari sebelum bertolak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU