ARTIKEL

Sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Pahlawan, Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Pahlawan, Zon Temiang, dekat sini, petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran kira-kira pukul 5.54 semalam.

Dalam kejadian tersebut, sebuah rumah kediaman jenis separa kekal dua tingkat berukuran 40 x 40 kaki telah terbakar 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 6.26 petang dan tiada mangsa dilaporkan cedera”, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak bomba.

Sebanyak 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Sarawak dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

Punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU