ARTIKEL

Sebuah rumah tidak berpenghuni di Mukah terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebuah rumah tidak berpenghuni terbakar di Jalan Haji Mohd Fauzi, di sini, semalam. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.13 petang. 

“Kebakaran melibatkan rumah kosong jenis struktur tidak kekal berkeluasan 10×15 kaki persegi telah terbakar 50 peratus.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan kerana rumah tersebut tidak berpenghuni,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. 

Jelasnya, kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan teknik defensive dua aliran 300 kaki serta dua pancutan. 

“Manakala, sumber air dari jentera bagi mengawal dan memadam kebakaran tersebut. 

“Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 8.21 malam,” ujarnya. 

Tambahnya, setelah mendapati kebakaran padam sepenuhnya dan tiada lagi punca api,  pihak bomba bertolak balik ke balai. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan