ARTIKEL

Kredit: Bernama

Sebutan inkues kes Zara Qairina di mahkamah esok – Peguam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini menetapkan sebutan inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 9 pagi esok. 

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu mangsa Noraidah Lamat, 45, mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, dan memaklumkan beliau telah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Ya, benar esok (inkues),” katanya sambil menjelaskan prosiding itu hanya untuk sebutan.

Pada Rabu, AGC memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina, 13, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan