ARTIKEL

Sedia panduan tepat untuk remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama dengan Qadim Hub, Pusat Kelestarian Universiti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menganjurkan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksualiti di Teater Multimedia, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, UNIMAS.

Program ini disasarkan kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun, bertujuan untuk menyediakan pengetahuan dan panduan penting mengenai pelbagai aspek kesihatan reproduktif dan seksualiti.

Seramai 150 peserta terlibat dalam program yang menampilkan penceramah berpengalaman, Nor Akmariah Abdullah daripada Rahmah Support Team dan Mohd Khairul Ridhwan Adha Akhiar.

Program ini juga menyelitkan aktiviti berkumpulan yang menarik yang dikendalikan oleh sukarelawan PAKK.

Antara topik yang dibincangkan merangkumi akil baligh, kesedaran penggunaan gajet dan Internet yang sihat, pornografi, serta kesedaran LGBT dan STD.

Dengan membincangkan topik-topik ini, diharapkan dapat melengkapkan para peserta dengan maklumat dan kemahiran yang diperlukan untuk membuat keputusan dan mengendalikan cabaran yang berkaitan dengan remaja.

Penyelaras Qadim Hub, Prof. Madya Dr Rafeah Wahi menekankan kepentingan menyasarkan program sebegini untuk kanak-kanak dalam kelompok umur itu.

“Usia remaja merupakan fasa kehidupan yang sedang mengalami perubahan fizikal, emosi dan sosial yang signifikan.

Menyediakan maklumat yang tepat dan panduan yang baik kepada golongan ini dapat membentuk sikap dan tingkah laku positif terhadap kesihatan reproduktif dan seksualiti,” katanya.

Pengerusi PAKK, Adillah Ismail pula bersyukur atas kerjasama itu kerana program sebegini penting dalam mempromosikan tingkah laku sihat serta memupuk cara membuat keputusan yang berinformasi dalam kalangan belia.

Program ini diakhiri dengan peserta melahirkan penghargaan mereka atas ilmu dan pengalaman yang diperoleh, selain menekankan kepentingan usaha berterusan mempromosikan pendidikan kesihatan reproduktif dan seksualiti dalam komuniti.

Inisiatif ini juga sebahagian daripada tanggungjawab sosial UNIMAS sejajar dengan SDG 4: Pendidikan Berkualiti. 

BERITA LAIN

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Satu panggilan, simpanan lesap

BAYANGKAN satu panggilan telefon yang kedengaran begitu meyakinkan apabila suara di hujung talian memperkenalkan diri sebagai pegawai bank, polis atau agensi kerajaan. Nada percakapannya tegas,

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i