ARTIKEL

Sedia untuk dikuat kuasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang menyambut baik arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam mulai 1 Ogos depan.

Menurutnya, perkara tersebut baik dilaksanakan kerana membantu memerangi wabak Covid-19 di negara ini.

“Contohnya, dahulu dengan adanya penggunaan pelitup muka dapat membantu mengurangkan kes daripada banyak sehingga sifar kes dan sebagainya,” katanya.

Khere Chiang berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan di SJK Chung Hua Batu 10, di sini, semalam.

Tambahnya, mereka juga menunggu arahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berhubung perkara itu.

“Apabila JPBN mengeluarkan arahan, MPP bersama-sama dengan agensi yang lain akan bersedia menguatkuasakan arahan.

“Kita juga perlu mempunyai disiplin untuk mengawal dan memerangi Covid-19,” ujarnya.

Khere Chiang menjelaskan, beliau gembira melihat masyarakat khususnya dalam kawasan MPP menggunakan pelitup muka.

“Saya juga sangat menggalakkan perkara berkenaan.

“Bagaimanapun, saya menasihati orang ramai supaya tidak membuang pelitup muka yang telah digunakan di merata-rata tempat.

“Ia adalah perbuatan yang tidak baik kerana kita khuatir akan menyebabkan kuman merebak dan sebagainya,” tegas beliau.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU