ARTIKEL

Nur Khairanie menyampaikan cenderamata kepada peserta pada program Sarawak’s Global Leap di Kuching, hari ini. F: GHAZALI BUJANG

Segera Adaptasi, Manfaatkan AI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kecerdasan buatan (AI) dijangka memberi kesan langsung kepada semua sektor termasuk ekonomi, pekerjaan dan komuniti, sekali gus menuntut kesiapsiagaan setiap negara untuk mengadaptasinya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xeo Air, Bronwyn Morgan, berkata perkembangan AI akan meliputi seluruh dunia tanpa mengira lokasi.

“Perkembangan AI berlaku di seluruh dunia, dari bandar utama hingga ke kawasan luar bandar. Penting untuk semua pihak mengetahui bagaimana teknologi ini berfungsi serta bagaimana ia boleh dimanfaatkan,” katanya ketika ditemui pada program Sarawak’s Global Leap: Innovation Driving Inclusive Growth in Emerging Economies anjuran AZAM Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata teknologi itu berpotensi memperkukuh operasi perniagaan, membantu komuniti menyelesaikan masalah secara lebih efisien serta mempercepat proses yang sebelum ini memerlukan sumber besar.

Menurut Morgan, AI juga akan menjadi sebahagian daripada masa depan pekerjaan dengan permintaan tinggi terhadap pakar dalam bidang teknologi, etika serta penggunaan sosial.
Program berkenaan turut melibatkan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur, serta menghimpunkan belia, usahawan, pemimpin komuniti, NGO dan wakil kerajaan.

Sebahagian peserta dan penganjur bergambar bersama-sama selepas sesi perkongsian Sarawak’s Global Leap: Innovation Driving Inclusive Growth in Emerging Economies. F: GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta

BERITA TERBARU

HIKMAH perkukuh gerak kerja dakwah

KUCHING: Harakah Islamiah (HIKMAH) akan terus memperkukuh keupayaan organisasi itu dalam melaksanakan gerak kerja dakwah dan pelbagai program pembangunan masyarakat Islam secara lebih sistematik serta