ARTIKEL

Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sarikei, Ainur Yazmin Zaini, menyampaikan sumbangan kepada penerima sambil diperhatikan Radiah Muhamed @ Muhamad dan tetamu lain.

Sejahtera MADANI salur RM125,000 kepada 250 keluarga miskin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seramai 250 Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih menerima bantuan menerusi Program Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) Skop Kebajikan Tahun 2026 dengan jumlah keseluruhan RM125,000.

Bantuan berbentuk baucar tunai bernilai RM500 seorang itu disalurkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi cabaran kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan keluarga mereka.

Bagi sesi penyerahan yang berlangsung di Sarikei hari ini, seramai 50 penerima dari daerah Sarikei, Meradong, Kabong dan Saratok menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan RM25,000.

Sebelum ini, program sama telah dilaksanakan di daerah Sri Aman, Lubok Antu, Lingga, Pantu, Betong, Pusa, Julau dan Pakan melibatkan 200 penerima dengan nilai bantuan berjumlah RM100,000.

Pegawai Pembangunan Zon, Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Sri Aman), Radiah Muhamed @ Muhamad, berkata kerajaan terus komited memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa mengira lokasi dan latar belakang penerima.

“Usaha ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat serta pendekatan pembangunan yang inklusif dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengarah Pembangunan Negeri Sarawak, Dato Jasni Jubli pada Majlis Program Penyerahan Bantuan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) Skop Kebajikan Tahun 2026 di sini, hari ini.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan bukan sahaja bertujuan mengurangkan beban kewangan penerima, malah menjadi antara instrumen penting kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan secara berfokus.

Pada majlis sama, satu lagi inisiatif kebajikan turut dilaksanakan menerusi penyerahan peralatan kesihatan kepada penerima eKasih yang terlantar dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Seramai 13 KIR dari daerah Sarikei, Meradong dan Saratok menerima pelbagai peralatan kesihatan yang diperlukan dengan nilai keseluruhan RM50,000.

“Antara peralatan yang disumbangkan termasuk mesin sedutan kahak (suction machine), kerusi roda, lampin pakai buang serta tiub makanan bagi membantu meningkatkan keselesaan dan penjagaan penerima,” jelasnya.

Turut hadir ialah Ketua Seksyen Kesejahteraan Rakyat Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Pegawai Daerah Sarikei, Meradong dan Kabong serta Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan